BORANG TEMPAHAN

NAMA
EMAIL ADDRESS
ALAMAT RUMAH
NO H/P / RUMAH / PEJABAT
PRODUK BARANG & KUANTITI

create form


Pak Ngah Food & Catering Services telah beroperasi sejak 1998 dalam perkhidmatan katering yang dulunya dikenali sebagai ‘FOR YOUR CATERING’.
Pada mula Pak Ngah Food hanya tertumpu di Kawasan Muar dan di sekitar Johor sahaja. Ini adalah kerana masakan yang disediakan adalah masakan bertema Negeri Johor. Atas permintaan yang tinggi terhadap masakan Johor, Pak Ngah Food telah memperkembangankan syarikatnya dengan membuat pemasaran di sekitar Melaka, Seremban, Kuala Lumpur dan Selangor.
Pemilik Syarikat Pak Ngah Food & Catering Services sebenarnya adalah generasi kedua (ke-2) sebuah keluarga yang berasal dari Muar, Johor yang telah menjalankan perkhidmatan katering lebih dari 10 tahun di Muar.
Syarikat ini adalah sebuah syarikat sepenuhnya milik bumiputra yang ditadbir oleh pemilik yang bertauliah. Bagi memperkembangkan syarikat, Pak Ngah Food telah mendapat idea yang baru dengan mengeluarkan 'Produk Masakan Segera Tradisi Asli Johor' yang dibuat secara segera.Telah mendapat sambutan ramai atas keluaran produk Pak Ngah Food. Diyakini citarasa yang asli.

AKTIVITI PERNIAGAAN
Perniagaan utama yang dijalankan oleh PAK NGAH FOOD & CATERING SERVICES ialah menyediakan dan memproses bahan siap produk perencah masakan tradisi Johor kepada rangkai niaganya PAK NGAH FOOD MARKETING(PNFM).

PERKHIDMATAN
Jenis-jenis perkhidmatan perniagaan yang ditawarkan:-

•Memproses dan menjual produk perencah makanan segera masakan tradisi Johor:-
•Nasi Beriani Darat Johor (3 dalam 1)
•Nasi Kurzi
•Pes Asam Pedas Johor
•Pes Mee Bandung Muar
•Pes Pecal
•Soto Muar
•Membekal produk kepada usahawan / rakan rangkainiaga.
•Menyediakan perkhidmatan catering.
•Mempromosikan produk Pak Ngah Food




* Perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah dan rungutan pelanggan dengan baik.

*Menerima tempahan mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan sahaja agar kualiti produk dapat dikekalkan.

*Kualiti produk seperti rasa dan kesegaran sentiasa dijaga sepanjang masa mengikut yang ditetapkan oleh PAK NGAH FOOD & CATERING SERVICES.

*Mempastikan produk keluaran mestilah dalam keadaan yang baik sepanjang masa.

*Mempastikan pegawai penyelidikan akan membuat kajian dan pemerhatian terhadap makanan yang diproses supaya berada dalam keadaan kualiti yang baik.

*Mempastikan semua produk makanan disediakan adalah suci dan bersih.



Kesemua Produk Masakan Segera Tradisi Johor ini adalah berkualiti tinggi dan dijamin resepinya adalah yang asli daripada Negeri Johor.

Tujuan utama penghasilan Produk Masakan Segera Tradisi Johor adalah untuk memudahkan individu memasak dengan kos yang rendah dan menepati citarasa masakan Johor yang asli.

Selain daripada itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya generasi muda mengenai rasa sebenar masakan makanan tradisi Johor yang asli.


- Hanya beberapa minit anda dapat menghidangkan set lengkap citarasa tradisi.


- Kelazatan & Keenakan harus di nikmati.


- Mudah disediakan & pasti menawan selera.


- Ianya berbeza & pasti menawan.


- Sesuai untuk hidangan seisi keluarga.


- Cadangan Hidangan : 8 - 10 orang.


Terjamin.. Kelazatan tiada tandingan..


Kepuasan pasti terukir di wajah anda...


PERDANA MENTERI KE-6, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SEDANG MENIKMATI KELAZATAN MASAKAN MAKANAN SEGERA TRADISI PAK NGAH FOOD.

Anda sedang mencari peluang perniagaan atau sumber pendapatan sampingan?
Ingin mempunyai empayar perniagaan bagi menjamin kehidupan anda sekeluarga?

Krisis Ekonomi Global merungsingkan anda?

Program Usahawan Pak Ngah Food baru dilancarkan di Lembah Klang,Negeri Sembilan,Melaka dan Johor. PNF sedang mencari bakal usahawan untuk diberi bimbingan sehingga menjadi usahawan yang berjaya.
Sasaran utama –
*Usahawan Siswazah
*Penganggur
*Peniaga
*Bakal usahawan



KEMPEN “Usahawan Pak Ngah Food” ADALAH UNTUK

MEMBUDAYAKAN PERNIAGAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA...

1.Ramuan asli Warisan Malaysia
2.Produk yang terbaik.
3.Pasaran luas.
4.Modal dibiayai,oleh pihak MARA,TEKUN,
5.Kursus disediakan.
6.Perniagaan boleh diwarisi.
7.Bimbingan diberi bagi Program Mentor-Mentee.


MISI :-
• Melahirkan seramai mungkin usahawan bumiputera yang berjaya dengan pantas dan berdaya saing. Sasaran PNF 200 usahawan setahun tanpa had untuk program ini. Dijemput menjadi salah seorang usahawan Pak Ngah Food.
• Membina jaringan urusniaga diperingkat global dan portal.
• Peluang perniagaan kepada masyarakat Malaysia.
• Program ini dan dijangka dapat melahirkan ramai usahawan bumiputera yang mampu bersaing dipasaran domestik dan antarabangsa.


Kelayakan :-

1.Bumiputera sahaja.

2.Berumur antara 18 sehingga 60 tahun.

3.Daftar perniagaan SSM.

4.Berminat dalam perniagaan

Kursus dan Latihan susulan dijadual akan diadakan pada setiap bulan, tempat terhad kepada 30 orang sahaja setiap sesi.

Tarikh kursus akan diberitahu semasa taklimat dan akan dikemaskini didalam blog.


Jika berminat untuk menghadiri Taklimat Penuh ..

Sila ‘SMS’ nama (Tempat Terhad) untuk hadir .


Email:pakngahfood@gmail.com

HOTLINE :- 016-649 5926 EN.HELMY

012-386 0731 EN.IZAM